Friday 3 March 2023

SIAPAKAH ORG PERTAMA

 Siapakah org pertama yang akan menjumpai Blog ini?

Sudah tentu mereka yang di gerakkan Allah SWT untuk menjumpainya dan membacanya samada untuk di jadikan Ilmiah baharu atau sumber rujukan. 

Di dalam Blog Ini Tok Muda akan menulis serba sedikit mengenai Dewa dan Dewi mengikut kefahaman dan pengetahuan yang tok miliki, Sudah tentunya ia adalah sebuah pengalaman dan pendapat yang mungkin bercanggah dengan pendapat Org lain, Namun ya.. Setiap org berhak menyuarakan pendapat yang positif dan membina Agar kita semua beroleh Ilmu yang bermanfaat dengan tidak mengecilkan Ke-Esaan Allah SWT.

Bagi mereka yang pertama kali mendengar Istilah Dewa Dewi.. Bangsa ini bukanlah sebagaimana yang anda ketahui dan kenali . Bak kata Guruku " Lagi banyak yg kita tahu maka semakin berasalah diri kita ini masih bodoh kerana semakin banyak kita ketahui maka ketahuilah kita bahawa masih banyak yang belum kita ketahui ". Inilah antara Rahsia Rahsia Allah yang tidak wajib di pelajari dan tidak pula di tuntut namun ia Tok Muda nukilkan sebagai sebuah Cabang Untuk di jadikan sebagai sebuah Ilmu Tambahan bagi pengetahuan Seluruh Manusia. 

Siapakah org pertama yang menjumpai Blog ini ?

Dan siapakah pula manusia Pertama yang wujud di atas muka Bumi ini?

In Sha Allah sama sama kita kupaskan sedikit demi sedikit mengikut Kefahaman yang tok miliki. 

Apa yang ingin tok sampaikan adalah hal yang tidak wajib di percayai kerana ia bukanlah Ilmu yang di tuntut di dalam Agama Islam, Namun sebagai Manusia, sifat ingin tahu pasti ada di dalam diri masing masing.

Semoga dengan wujudnya Blog ini Memberi manfaat dan membuka minda kepada org org lama dan memberi Ilmu kepada Pada muda mudi untuk mengetahui Rahsia di Sebalik Rahsia.

5 comments:

  1. Assalamualaikum Tok 🥰🥰🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam wbt. Tahniah. Nama tuan bakal masuk dalam sejarah pembinaan blog ini. 😊..org pertama yg komen

      Delete
  2. Assalamualaikum tok .. menjejak ni 😎

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,tok.Terbaik tok👍

    ReplyDelete

TRACKING KOD 31.5.2023

  Terima kasih di atas permaharan anda, semoga kita berurusan lagi , in Sha Allah